Percutian hujung tahun
Setelah setahun berlalu tiada apa-apa yang menarik berlaku. Kini sedang bercuti di Miri setelah mengalami perjalanan yang agak menyeronokkan dan juga memenatkan dari Kuching hingga Miri.
Perjalanannya bukan terus ke Miri, tetapi berhenti semalam di Bintulu untuk berehat dan memulihkan badan. Tempat penginapannya amat elok dan apa yang lebih elok adalah ia menyediakan perkhidmatan WiFi yang percuma. Amat jarang bertemu dengan tempat penginapan yang ditawarkan dengan harga yang murah tetapi ia turut menyediakan perkhidmatan WiFi.
Perjalanan Sibu ke Bintulu amatlah mencabar dengan jalannya agak berlubang-lubang menyebabkan sukar mengawal kenderaan kerana terpaksa mengelak lubang-lubang yang besar serta boleh menjahanamkan kenderaan.
Bagaimanapun, perjalanan dari Bintulu ke Miri amat lancar tanpa sebarang masalah. Cuma kita perlu bersabar apabila mengiringi kenderaan-kenderaan berat dan panjang serta mengambil peluang apabila ingin memotong kenderaan itu dengan selamat.
Buat masa kini perjalanan di Miri hanyalah di lokasi-lokasi berdekatan sahaja. Belum ada rancangan untuk ke mana-mana lagi. Mungkin ke taman negara atau ke tepi pantai. Namun cuaca yang sentiasa hujan menghalang perjalanan yang seterusnya.
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )





